yang ada kisah pasal aku.
yang pernah hadir dalam hidup aku.
yang dulu aku baca dengan emosi, tapi tidak lagi kini.
Yang paling aku sedar, bila kita sudah tak kisahkan individu tersebut, apa sahaja yang dia post, baik cerita pasal kesedihan atau cerita pasal kegembiraan. Kita baca biasabiasa saja.
Tapi bila kita ada perasaan ambil berat pada individu tersebut, setiap posting yang beremosi kita pun akan turut teremosi sama.
aku tak pasti ini perasaan yang aku seorang je rasa
atau naturally, semua perempuan pun rasa yang sama.
selalunya lelaki lebih kurang beremosi.
bila aku belekbelek, ternyata birthday aku yang ke 23 penuh dengan cerita duka.
--- yang aku dah tak rasa sakitnya lagi sekarang. alhamdulillah
sekarang aku berumur 30 tahun.
mogamoga makin matang.
mogamoga makin rasional.
dan yang penting sekali,
moga aku makin menghargai.
No comments:
Post a Comment