ensiyahmuhammad

Tuesday, September 1, 2020

September

 Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, hari ni dah masuk bulan September. Setiap tahun, memang bulan September selalu saja aku tunggu. Opkos lah, bulan birthday aku kot. hehe

tapi sejak 5 tahun yang lepas, bulan September bukan saja jadi bulan birthday aku, tapi juga bulan aku menjadi tunangan orang (2015) dan juga bulan aku menjadi isteri orang (2016). Walaupun ada orang cakap, rugi la himpunkan sekali birthday dengan tarikh nikah dalam bulan yang sama, nanti dapat hadiah satu je. hahaha eh sukahati aku la aku nak nikah bila pun hahahaha

aku harap sampai bilabila pun bulan September akan jadi bulan yang aku akan tunggu tunggu setiap tahun hehe. walaupun aku bukan dapat hadiah pun sempena birthday ke anniversary ke, sbb aku kenal husband aku macam mana, dah dia jenis macam tu. aku terima je. 

walaupun jauh dalam hati aku teringin jugak la dapat surprise delivery ke apa ke, tapi aku takdela sampai terkilan kalau tak dapat. dia selalu wish bday aku. kadangkadang dia yang lagi ingat birthday dengan tarikh anniversary berbanding aku. sebab aku ni walaupun aku excited dengan bulan birthday sendiri, tapi aku ada tendency utk lupa jugak. aku pun tak tau kenapa. sejak aku bersalin, aku rasa macam aku cepat sangat lupa. aku pun tak pasti kenapa. mungkin faktor hormon dan mungkin juga faktor usia huhu

Semalam, 31.08.2020, Malaysia sambut Hari Kemerdekaan yang ke63, disaat orang lain semua menikmati cuti umum yang kerajaan berikan, dapat berita kematian anak kawan sama persatuan dekat uia dulu, baru berusia 4 tahun 7 bulan, berjuang dengan kanser leukimia. Aku memang selalu baca perkembangan diorang, tapi aku memang banyak senyap, sebab aku tak tau apa yang patut aku katakan pada diorang. jadi aku follow senyapsenyap. 

Masa aku baca update terkini tentang pemergian anak tersebut, aku menangis. 

masa aku baca luahan hati ibu dia, aku menangis, 

dan hari ni aku baca luahan hati ayah dia, aku menangis lagi. 

aku sangat terkesan dengan apa yang berlaku sebab umur Anas tiga tahun dua bulan, umur anak diorang 4 tahun 7 bulan, dan lagilagi ini bukan kisah orangorang yang aku tak kenal di fb. tapi ni kisah rakan sepasukan yang kami pernah samasama pergi kampung orang asli, stay 5 6 hari. yang aku kenal bukan setakat dari cakap cakap orang, tapi dari zaman samasama enjoy zaman universiti. 

aku tak boleh bayangkan kesedihan yang diorang alami. dan aku tak boleh bayangkan perasaan bilamana ibu bapa kebumikan anak sendiri pada usia yang sangat muda. 

dan ini membuatkan aku sedar sebanyak mana kita sayangkan anak kita, tapi bila Allah nak ambil balik, tak kira usia. saat itu merupakan satu ujian yang sangat besar untuk kita sedar diri, yang anak, suami, dan semua yg hadir dalam kita hanyalah pinjaman. dan kita kena sentiasa bersedia pada bilabila masa yang kita semua kena "pulangkan" bila dah diminta. cuma bila waktu itu sampai, adakah kita redha?

muhasabah

No comments: