aku nak update pasal anak aku.
sekarang ni dah makin seronok berborak dengan anas. bila tanya apa apa anas dah pandai nak jawab. contoh macam semalam, mak ngah tanya dia
mak ngah : anas sekolah tak esok?
anas: sekolah.
mak ngah : anas sekolah kat mana?
anas : dalam bilit (sebab aku ajar dia dalam bilik)
kitorang semua gelak. hahaha
====================================================
Hari-hari dapat dengar anas berborak aku rasa sangat bahagia. Seperti yang aku cakap sebelum ni, aku risau kalaukalau anas speech delay. dan aku rasa lebih bersalah kalau kerana speech delay dia jadi tak pandai nak sampaikan apa yang dia nak.
semalam aku dengar dia cakap
"ayah ayah, ambik ni"
"ibu, jom main"
"ni ayah unye, ni ibu unye"
"ibu, nak nacik"
Pelat takpe, itu satu cabang lain yang kena improve. tapi janji jumlah perkataan yang dia boleh cakap semakin banyak.
====================================================
Orang persekitaran aku dah banyak hantar anak ke playschool bila anak dah menjengah usia 3 tahun. Tapi untuk anas, dia belum lagi pergi sekolah. Akulah ibu, akulah juga gurunya.
Doa aku, walaupun Anas belum lagi ke sekolah. aku harap aku mampu untuk jadi guru pada dia dan kenalkan apa yang patut/ boleh di capai. Semoga bila dia dah mula ke sekolah tadika nanti, dia dah boleh membaca, tapi yang paling penting, dia dah boleh uruskan diri sendiri.
Aku taknak bebankan guru anas di sekolah dengan mengharapkan segala benda cikgu ajar di sekolah. Aku nak jadi guru pertama anas.
Moga Allah izinkan.
Aaaminn
No comments:
Post a Comment