ensiyahmuhammad

Friday, July 5, 2019

Julai 2019

Hai ! lagi enam bulan nak masuk tahun baru. adakah aku letak target untuk update blog setiap enam bulan sekali? haha

Syawal dah pun berlalu. 
Alhamdulillah, setakat enam bulan pertama tahun 2019 ni, boleh aku simpulkan sebahagian dari target yang aku tetapkan sendiri hampir tercapai. 
biarlah bagi orang biasabiasa saja. tapi bagi aku , cukup besar maknanya. 

bulan februari hari tu, kami (aku dan suami) decide untuk berniaga kembali, biskut yang pernah kami niagakan masa tahun 2015. bermodalkan rm60 untuk kami daftar sebagai agent, alhamdulillah, setiap bulan kami dapat order. untung untuk sebekas biskut, tidaklah banyak. namun rezeki yang allah kurniakan pada kami, bila kami jumlahkan dari bulan dua hingga bulan puasa. hampir 300 balang juga terjual. alhamdulillah. 

jualan baju juga menggalakkan. alhamdulillah. hasil dari jualan biskut dan baju. kami boleh berkongsi rezeki. dan memudahkan untuk kami pulang ke kampung berhari raya. almaklumlah, kereta kesayangan kami memerlukan maintenance sedikit bila nak jalan jauh. 

sekarang ini, kami masih berniaga biskut. dan juga kek tapak kuda. insyaALLAH dengan hasil jualan biskut dan kek tapak kuda, kami mampu menggunakan 100% untung tersebut untuk buat akikah Anas Sadiq. Bagi aku, ini pencapaian paling besar kami. 

Berbaki lagi enam bulan sebelum 2019 berakhir, aku dah memasang azam yang baru. 

aku rasa sangat bersyukur dikurniakan suami yang sangat supportive, keluarga kedua belah pihak yang sangat motivated dan anak yang sangat memahami. Bila Anas terpaksa ikut kami COD, atau bila kami ambil stok. biar malam, atau pagi subuh. Jarang Anas Sadiq nak meragam. Anas Sadiq seperti memahami yang ibu ayah sedang berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga. 

Satu benda yang aku sangat belajar dalam rumahtangga ni, persefahaman dan komunikasi sangat penting. most of time, dalam bisnes, aku handle dalam bahagian order dan marketing. tapi suami aku banyak bahagian delivery dan akaun. walaupun aku sendiri graduan accounting. tapi untuk akaun bisnes, aku perlukan orang lain utk handle. sbb biasalah tipikal perempuan, nampak duit banyak sikit dalam akaun, tendency nak berbelanja mengikut nafsu tu tinggi. huhuhu. sebab tu, untuk duit, mmg aku suruh suami aku je yang pegang. jadi kalau dia tanya untung berapa, kami dua dua aware. dan tak mix kan modal dan untung. sebab tu kami ni sejenis yang tak berapa impress bila orang bangga dengan sales. Contoh, "Sale bulan ni dapat RM10,000". kalau dah produk harga rm100 satu, jual 100 biji, dapatla rm10,000. tapi next question dia, kos berapa utk satu produk? kalau produk rm100, kos rm90. belum kira travelling cost. sebijik baru untung berapa je. haa camtu

sebab tu toksah nak terkejut sangat kalau orang nampak sale kepuk-kepuk, tapi hidup cenggitu je. sale tinggi, untung rendah. gitu. jadi penting untuk para peniaga ni jelas dengan berapa kos yang dia gunakan sepanjang dia berniaga. sebab benda ni sangat memberikan kesan pada untung bersih. 

Doakan kami sentiasa dikurniakan rezeki yang mengalir seperti air. aaaammmiinnn


No comments: