Hola 2019!
Sekarang ni Januari sudah pun berlalu, tapi aku baru mahu mengucapkan selamat datang kepada tahun baru 2019. ihiks. Jadi,bagaimana harihari dalam Januari 2019 daku habiskan?
- aku kini seorang suri rumah yang menguruskan anak dan aktif berniaga secara online.
- alhamdulillah, sebagai seorang peniaga online, bulan Januari mencatatkan hasil jualan yang sangat memberangsangkan. harapharap allah kurniakan aku rezeki yang bertambahtambah.
- aku lancarkan kempen utk khatamkan alquran sebulan sekali, bulan januari aku mula pada minggu terakhir. jadi aku punya KPI adalah pada minggu terakhir setiap bulan. doakan aku.
- Setiap malam, di waktu waktu seperti ini, aku akan pergi ke lamanlaman yang menawarkan kerja. huhu doakan aku dapat panggilan kerja ya kawankawan.
- sebenarnya pertengahan bulan januari itu hari, aku dapat panggilan temuduga dan aku berjaya. Namun, lokasi tempat kerja tersebut jauh, di Shah Alam sana. lantas, aku tolak kerana gaji yang ditawarkan juga agak rendah dan tidak berbaloi untuk aku ulang alik Gombak - Shah Alam. Lagilagi aku yang masih tak pandai memandu kereta, maka wajiblah untuk aku ambil pengangkutan awam yang kita semua maklum ke kurangcekapan kemudahan tersebut. erm
- Aku jadi tukang hantar kakak dari tempat kerja ke rumahnya, setiap 2 hingga 4 jam sekali sebab kakak kena balik rumah untuk bagi bapak mertua dia ubat. bapak mertua dia tak sihat. hikmah aku belum dapat kerja, aku boleh tolong kakak. mudahkan urusan kakak. sebab bapak mertua kakak dah tua, tak nampak sangat.tak mampu nak ambil ubat sendiri. dan secara rasminya, semalam adalah hari terakhir aku berkhidmat untuk kakak, sebab kakak dah tak payah bagi ubat setiap 4 jam. kali ni setiap 8 jam pula (bapak mertua kakak sakit mata, doktor ada prescribe kena titis ubat mata tu ikut masamasa tertentu)
- oh ye. awal bulan ri tu aku ada pulang ke Kelantan.
Doakan aku murah rezeki dan ditambahkan rezeki ya kawankawan.
Aku seronok bila dapat menulis. walaupun curicuri.
till then, xoxo :)
No comments:
Post a Comment