Hari ni Hari Wanita Sedunia, aku hanya terima satu je ucapan tersebut. dari kakak ku sendiri, itu pun yang dipost di group whatsapp adik-beradik, yg hanya ada enam orang ahli di mana kami ni, 4 lelaki dan 2 perempuan. tapi abang ku pernah buat statement "anak-anak emak ada 6 orang lelaki." hahaha apakah maksudnya itu?
Setabah dan sekuat apa pun wanita itu, asalnya perempuan ialah seorang makhluk Allah yang bersifat lembut dan perlu dilindungi. Tapi kini, dengan keadaan sekeliling yang lelaki bukan lagi dilihat sebagai pelindung (bukan semua lelaki ya, sesetengahnya), ramai perempuan perlu 'kuat' dan berdikari.
Dolu-dolu ketika aku masih belajar, aku pernah terima satu puisi sebagai hadiah Hari Wanita Sedunia, ya sudah pastinya hasil forward dari orang-orang lain juga haha. cuma aku tak ingat intipati keseluruhan puisi tersebut, cuma aku tak pernah lupa satu ayat iaitu "Wanita Bukan Kelas Kedua".
ya, sebab orang zaman dahulu selalu mengelaskan wanita sebagai golongan yang rendah darjatnya hinggalah sinar Islam datang, dan mengangkat darjat wanita.
Kepada setiap wanita, dalam fasa apa pun yang kita sedang hadapi sekarang, sentiasalah kuat dan percaya yang kita sedang diuji pada kadar kemampuan kita. Walaupun tampak fizikal kita lemah, tapi dalaman kita lebih kuat dari lelaki six pax yang entah apa-apa.
Berdoalah sentiasa, kerana Allah itu tak pernah tidur dan tidak pernah lupa.
Selamat Hari Wanita Sedunia :)
para wanita yang cantik.
No comments:
Post a Comment