Assalamualaikum dan selamat pagi.
12.12.18
Cantik tarikh hari ni, 12hb 12, banyak orang buat sales pada tarikh ni. dah terjebak ke tu? Alhamdulillah sampai di saat ni aku belum lagi terjebak beli apa apa. hee
Aku terdetik nak buat posting ni bila terbaca posting kawan aku pasal betapa bersyukurnya dia dengan kehidupan dia. Bilamana apa yang dipinta Allah makbulkan tidak mengikut timeline yang diminta tapi Allah kurniakan tepat pada masanya.
Contoh, dia minta dapat mempunyai perniagaan sendiri pada tahun 2014 namun Allah realisasikan pada tahun 2016. dia mohon berkahwin pada umur 26 tahun, namun Allah izinkan dia bernikah dan menjadi bapa pada usia 24 tahun.
Bila aku baca posting tersebut, aku yakin Allah makbulkan setiap doa hambaNya tepat pada masa yang Allah takdirkan untuk kita. dan ternyata perancangan Allah sentiasa tepat, cuma kita wajib bersangka baik pada Allah.
Teringat aku pada diri sendiri. Di saat diri dibuang kerja ketika dalam pantang (Julai 2017), diri sedang dalam proses menyesuaikan diri sebagai seorang ibu, Anas Sadiq pula kuning berpanjangan. Masa tu sangat risau jika tidak bekerja. Tapi aku memilih untuk fokus pada diri sendiri dan anak dulu dan berdoa tanpa henti agar dikurniakan pekerjaan. Alhamdulillah, setelah dua bulan dalam pantang, rezeki pekerjaan sampai. Masa tu, Anas Sadiq dah pun bebas dari kuning. aku pun dah pulih dari sakit. memang aku betulbetul rehatkan badan masa tu.
Selepas SPM aku tak dapat mana mana tawaran asasi atau diploma walaupun keputusan aku tak la begitu teruk. 6A je, tapi kira ok la aku rasa untuk dapat tawaran diploma kan? Sedih aku masa tu . aku dapat tawaran tingkatan 6 je. Sebab aku merancang kehidupan aku sampai diploma je. tapi asbab aku dapat tingkatan 6, aku dapat lanjutkan pelajaran sampai Ijazah. Sesuatu yang aku tak pernah bayangkan pun.
dan banyak lagi perkara perkara penting dalam hidup yang kalau kita semua tuliskan satusatu, sampai tahun depan pun belum tentu habis.
Sebenarnya, kebelakangan ni aku selalu termenung, membandingkan kawankawan yang sebaya dengan kehidupan aku. Kekadang aku rasa perkembangan kehidupan aku macam sedikit perlahan berbanding mereka. Tapi bila aku mula muhasabah dan tengok keadaan diri sekarang. Instead of banyak benda aku nak rungutkan lagi banyak benda yang aku patut bersyukur.
Itulah, sebagai manusia yang mudah alpa ni, kita mudah lupa diri dan kurang bersyukur.
kita lupa yang Allah takkan pernah menghampakan harapan hambaNya.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Allah tak pernah tidur dan Allah tidak pernah lupa
Moga moga kita semua terus bahagia dan nikmati tingkat kehidupan kita sekarang.
jika kita rasa kita susah bukan bermakna Allah benci
jika kita rasa kita senang bukan bermakna Allah tak uji.
apa jua keadaan kita sekarang, tetaplah berdoa dan bergantung hanya pada Dia.
Senyumlah, kita bukan pemilik segala masalah :)
No comments:
Post a Comment