Assalamualaikum, Selamat Pagi.
Hari ini merupakan hari yang bahagia buat Puan Zaila. Lahirnya seorang puteri comel 28 tahun yang lalu, menambah seri yang ke5 dalam rumahtangga beliau. Jarang aku bercerita tentang dirinya di sini, sempena hari istimewa ini, izinkan aku perkenalkan dirinya kepada dunia.
Mengenali Wan Hazimah Wan Ibrahim ketika aku melibatkan diri dalam Teater Kronologi Cinta, dia jadi pelakon bernama Aishah. aku masa tu hanyala seorang penyedia subtitle. huhu Gigih la aku sediakan text dalam bahasa inggeris masa tu. nak tayangkan pada white screen. watak picisan je. hihi tak pandai berlakon la katakan.
Entah macam mana, sejak teater itu kami mula keluar bersama. Saling cuba mengenali lebih mengenali. Mungkin juga kerana kami dalam biro yang sama, Publication and Information (PnI) atau kerana Kak Yusfanadia, atau kerana Angah, atau Tokmoh. Atau kerana mereka mereka ini yang hadir mengikat ukhuwwah. kerana aku dan Zimah, kami dari latar belakang yang berbeza, Dia dari pusat asasi Uiam sedangkan aku dari STPM. Aku mengambil jurusan perakaunan, dia mengambil jurusan BENL. Kulliyyah yang berbeza.
Zimah merupakan seorang kawan yang sangat menghargai, ambil berat dan menyayangi semua kawankawannya. Selalu berikan hadiah. Kalau ada masalah apaapa, tak boleh tidak. dia mesti nak tahu juga. Sebab dia tak suka tengok sahabat dia dalam kesusahan. Dan dia sangat suka hadiahkan hadiah pada kawankawannya. Jenis sangat tak berkira. Bertuah siapa yang jadi kawan Zimah ni, salah sorangnya aku. hehhee
 |
| Melawat Sekolah Al-Amin. tak ingat tahun berapa. ya ampun muka aku. abaikan |
 |
tak ingat talk apa. Zimah ajak.
|
Zimah juga sangat menyayangi adikadik Quranic Youth Club (QYC), walaupun dah grad, setiap kali ada peluang untuk bersama QYC, pasti dia nak join sekali. Seorang alumni yang juga sangat di sayangi oleh adikadik.
 |
| Dinner QYC |
 |
Dinner QYC
|
Zimah grad awal, tahun 2013, aku grad tahun 2015. hee ye memang aku sedikit lambat grad. tapi takpe, still juga aku sempat grad hee.
 |
| 2013. Hari Konvokesyen Zimah |
 |
| 2015. Hari Konvokesyen ku. |
 |
| Walimah Jama'ie. Tokmoh kahwin masa ni di Uniten |
Zimah ada passion pada mekap. Masa aku tunang dulu, Zimah la yang mekapkan. Cantik. Kami pernah main mekapmekap untuk masuk dalam pertandingan. tapi tak berjaya. tapi takpe. seronok sebenarnya tadah muka ni. tapi tu la. sekali dah cuci. aku ni jenis pemalas. memang tak mekap balik. tu muka aku comot je sentiasa hehe
Masa aku tunang dulu, zimah la yang tolong mekap. thank you awak hee
 |
| Nak masuk contest BFF. |
 |
Outing
|
 |
| Makan di sebuah restoran di Gombak. Apatah nama restoran ni, sebelah mee tarik warisan. berkonsepkan Cowboy hee. |
 |
Raya 2012 atau 2013. Memori bersejarah.
|
 |
Raya 2016. tahun last bergelar single
|
Dengan izin Allah, kami menamatkan zaman bujang pada tahun yang sama, dan bulan yang sama. hanya berbeza seminggu saja iaitu pada September 2016. Zimah bernikah pada hari Jumaat 16 September 2016 pada sebelah malam. Dan aku bernikah pada hari Jumaat 23 September 2016 pada sebelah pagi.
 |
16 September 2016. Majlis Khatam Alquran sebelum dirinya bernikah pada sebelah malam
|
 |
| 24 September 2016. Majlis Khatam AlQuran ku sebelum aku bersanding pada sebelah malam. |
Sebelum Zimah membuat keputusan untuk mengikut suami tinggal di Melaka, mereka PJJ sebentar. Dan sekarang Zimah merupakan seorang domestic engineer, fokus pada rumahtangga dan si comel Mu'adz.
 |
Melawat rumah Zimah di Melaka.
|
En tak pandai susun kata. tapi en nak ucapkan selamat hari jadi, moga zimah bahagia disamping suami dan anak tercinta. menjadi ibu dan isteri yang terbaik untuk mu'adz dan awe. Moga awak mendapat setiap kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Selamat hari jadi!
No comments:
Post a Comment