ensiyahmuhammad

Wednesday, December 19, 2018

Akhir Tahun

Seperti tahun tahun yang biasa, 2018 bakal berakhir. 
Insyaallah, 2019 bakal menjelma. 

Bila masuk tahun baru, ada yang kata buka buku baru. ada juga yang kata buka bab baru. 
Satu buku "Kehidupan En Siyah Muhammad di tahun 2019"
atau "Bab ke 29 dalam buku En Siyah Muhammad"

mana satu kedengaran/ kelihatan lebih baik?
buku baru atau bab baru?
.
.
.
aku pun tak tau aku lebih memilih yang mana. 

Jika aku katakan tahun baru adalah buku baru, aku mengklasifasikan setiap perubahan dalam hidup pada tahun tersebut adalah satu bab baru yang sentiasa ada naik turun. Mungkin buku itu akan jadi sangat tebal, atau buku itu akan jadi sangat nipis. 

Jika aku katakan tahun baru adalah bab baru, maka setiap peristiwa dalam hidup adalah satu subtopik yang panjang. yang mungkin sub topik tersebut saling tiada kaitan atau aku memilih untuk melihat ia sebagai satu cerpen yang mungkin tidak akan difahami kerana takde kesinambungan yang menarik. ataupun satu subtopik yang bosan yang hanya membicarakan perkara yang sama berulang kali. 

dalam banyak banyak persoalan. 
aku tak tau kenapa buku baru atau bab baru yang aku fikirkan. 
hidup aku takde la sadis sangat haha

apa pun. selagi nyawa masih ada, selagi masih bernafas. 
setiap tahun yang berlalu akan diisi dengan kegembiraan, kesedihan, kerisauan, kemarahan, keterujaan, keterasaan hati dan berbagai lagi emosi. 
sepertimana degupan jantung kita ada turun naik. 
begitulah juga kehidupan kita. 

dan itu maknanya. 
kita masih hidup. 

maka, 
apapun yang berlaku dalam hidup. 
jadikan itu adalah hari yang paling terbaik.

bergembiralah.  :)

leaving 2018 for better 2019.


No comments: