ensiyahmuhammad

Thursday, November 15, 2018

Hari Graduasi En Siyah Muhammad

Baru-baru ni UIAM mengadakan Hari Konvokesyen yang ke 34. Tiba-tiba aku rasa macam nak throwback pengalaman konvo 3 tahun yang lalu. Almaklumlah, masa tu tak terfikir pula nak update blog. 

Alhamdulillah, selepas bertungkus-lumus belajar selama hampir 5 tahun di UIAM, daku berjaya memegang Ijazah Perakauan (Kepujian). Walaupun bagi sesetengah orang, akan berkata...

"Ala, akaun je. senang je. tu pun tak boleh dapat dekan ke?"
"Subjek tu senang, tak macam course aku. Susah sikit. lulus pun dah alhamdulillah"
dan lainlain. 

Eh, suka hati la nak cakap apa. Aku dan kawankawan aku je yang tahu macam mana kami berusaha sebaiknya untuk bertahan di bumi UIA yang bertuah ini. Tidaklah semudah yang orang sangkakan. Tapi tidak lah juga mustahil untuk dicapai. Dan perjuangan ini bukan semata perjuangan bertempur dengan buku. Tanpa semangat yang jitu. Tiadalah genggaman sijil ini. huhu 

Masa tu konvo diadakan selama 3 hari. 7 hingga 9 November 2015. Dan sesi aku adalah pada hari ketiga, pagi. Alhamdulillah, mak dengan kakak yang masuk ke dalam dewan untuk tengok aku mengambil skroll. Kakak cakap, sewaktu nama aku diumumkan, mak terharu. Ya, sebab ramairamai anak mak, aku seorang saja yang belajar hingga tahap Ijazah. Wajarlah untuk mak merasa terharu dan bangga. 

Untuk pengetahuan semua, Jubah konvo dibenarkan ambil seminggu sebelum hari Konvo dan dibenarkan untuk pulangkan semula seminggu selepas hari Konvo. Maka dengan itu, aku telah menggunakan sebaiknya jubah ini untuk bergambar. hee 

Sedikit gambar kenangan untuk blog ini dan juga daku pada hari mendatang nanti.

















1 comment:

bbet99 said...
This comment has been removed by a blog administrator.