19 November 2022 - Pilihan Raya Umum ke 15.
Aku nak mengaku ni, ni kali pertama aku mengundi.
Sebelum ni, rakyat yang berusia 21 tahun kena berdaftar dulu dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru layak untuk jadi pengundi. Tapi kali ni tak, rakyat yang berusia 18 tahun ke atas dah automatik berdaftar sebagai pengundi dan layak untuk mengundi.
Parti yang bertanding, terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Bebas dan parti lain yang aku tak familiar sangat, sebab parti tu banyak di Sabah dan Sarawak (ampun!).
kita layan sedikit gambar
![]() |
| Semasa beratur menunggu giliran |
![]() |
| Dah selesai mengundi |
![]() |
| Gambar wajib tanda rakyat bertanggungjawab hihi |
Undi adalah tanggungjawab rakyat malaysia. Rugilah kalau tak undi.
Berbeza pandangan politik, itu biasa. tapi jangan sampai putus silaturrahim. rileks rileks je.
Apa pun, semoga kerajaan yang bakal tadbir Malaysia ni adalah pemimpin yang dahulukan rakyat, bukan tekak sendiri je.
Aaammiinnnnn.



No comments:
Post a Comment