Alhamdulillah suami aku izinkan.
Mata duitan? tak kisah pasal anak? . Sukahatilah nak cakap apa. Orang boleh je nak sembang kencang, tapi yang menjalani kehidupan tu aku dan aku dan aku. dan bukan kau yang akan pam duit setiap bulan untuk kelangsungan hidup aku.
Kenapa aku cakap aku? bukan KELUARGA? sebab belanja keluarga tu adalah hal untuk suami aku fikirkan. tanggungjawab dia. bukan aku. aku kerja untuk komitmen aku. aku taknak komitmen aku, menyusahkan dia. bukan tanggungjawab suami aku. tapi takdelah aku langsung mentongsampahkan pendapat suami aku dalam hal ni.
Umur aku tidaklah begitu tua, tapi tidaklah juga begitu mudah untuk mendapat kerja. Sebab banyak company susah untuk berikan aku peluang pekerjaan dengan anak dah dua, resume pula tidak begitu kuat.
Dipendekkan cerita, akhir Jun, akhirnya aku berjaya diterima dalam sebuat firma perakaunan.
---- mereka percaya pada aku. aku dapat gaji yang aku nak. korang jangan ingat gaji aku banyak sangat. gaji yang aku demand masih lagi bawah rm3,000.
tapi benda paling mahal aku dapat dalam company ni.
-- aku polish balik knowledge double entry
-- aku belajar tax
-- aku belajar explain pada client perihal accounting treatment
aku enjoy sangat kerja kat sini sebab kawankawan kerja semua takde kaki kipas.
takde tempat kerja yang sempurna, tapi kematangan membuatkan aku boleh handle stress dengan lebih baik. Kalau dulu, semua benda masuk dalam hati. Sekarang ni hati aku lebih kental, apa je bos cakap semua jatuh ke lantai hahaha aku anggap bila bos marah tu maksudnya bos tegur. sbb bos ni bila aku tanya elokelok, dia jawab je elokelok, takde perli ke apa. cuma mungkin cara dia mengajar tu, bahasa yang dipakai tu kasar. huhu bos aku lelaki. tapi aku rasa perangai dia macam perempuan.
-- susah nak dijangka. mana tak nya, kalau pukul 11 pagi dia marahmarah. kol11.30 pagi dia sembang macam takde apa yang berlaku. huhu
bulan disember ni last aku berkhidmat dengan syarikat ni. tapi aku mengharapkan dapat kekalkan hubungan baik. sbb masih banyak ilmu yang aku perlukan.
learning is a never ending process.
No comments:
Post a Comment