ensiyahmuhammad

Wednesday, July 15, 2020

Hari-Hari Sekarang

Assalamualaikum, sekarang dah pertengahan julai. 

- Malaysia dah masuk fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) : fasa yang aku simpulakn sebagai semua orang dah boleh menjalani aktiviti harian tapi dengan syarat tertentu. Sekolah pun dah mula di buka sedikit demi sedikit dan hari ni, makin banyak peringkat sekolah yang dibuka 
- Aku dah pun berhenti kerja : tak guna aku menambahkan tekanan pada diri sendiri dengan bayaran yang tidak setimpal. lebih-lebih lagi syarikat amat tidak menghargai kerja aku. Prinsip syarikat, sorang berhenti, sepuluh orang akan datang. Takpela. bukan semua syarikat anggap pekerja tu sebagai aset penting. 
- Anas dah setel potty training. Alhamdulillah 
- Selepas sebulan aku jadi suri rumah, aku dapat tawaran kerja lain. Walaupun hanya sekadar berstatus kontrak. alhamdulillah. cuma masalah sekarang, aku dah seperti selesa jadi suri rumah haha

ada banyak benda dalam hidup ni, aku boleh merungut. mungkin fasa perjalanan hidup aku tak berkembang pesat macam macam kawankawan aku yang sebaya. tapi ada juga, yang aku ada lebih dari kawan aku. 

Allah Maha Adil, kan? 
Aku kurang dekat sini, dia lebih dekat sana. 
aku lebih dekat sana, dia kurang dekat sini. 
bila ditambah tolak, hasilnya sama. 
cuma persoalannya, adakah kita bersyukur dengan setiap nikmat yang kita kecapi?

adakah kita sibuk menghitung nikmat orang lain, 
hingga kita tak nampak nikmat yang Allah bagi untuk diri sendiri. 

Jika kita terus menerus melihat setiap segi dari material, apa pula aras untuk kita guna bagi nikmat dari segi dalaman?

No comments: