Entah bila aku dengar ura-ura, sama ada PKP dilanjutkan ataupun tak tunggu 10hb, iaitu esok. Fuh, aku rasa berdebar. Walaupun otak dah set yang PKP memang akan dilanjutkan, tapi masih ternanti jugak pengumuman dari Perdana Menteri (PM). Sejak-sejak PKP ni, setiap pengumuman PM rasa tak jemu nak dengar, ada saja isi ucapan yang menarik perhatian. Yang terbaru ni, aku rumuskan jela eh, PM cakap rakyat makin kreatif siap ada yang ubah ucapan beliau, jadi lagu rap. Kelakar gila video tu!
tekan sini
Untuk orang yang selalu keluar rumah, balik rumah hanya untuk makan, tidur, berehat. Memang akan rasa mental la duduk rumah lama lama. Tapi aku bukanlah sejenis yang memang sentiasa keluar rumah, tapi juga bukan yang sejenis sentiasa duduk rumah. tengah tengah orang kata hehe.
tapi apa pun, aku tengok pada hikmah sejak PKP ni.
2) yang aku paling terharu sebab anas dah boleh panggil ibu. sekarang dia dah mula pandai bercerita. banyak dah vocab dia. dia dah kenal warna. walaupun pelat sikit. tapi dia pun tengah struggle nak sebut dengan betul. dia dah pandai cakap sorry, please. pandai pujuk. bila dia marah aku, pastu konon-konon nak minta maaf tu, nanti dia kiss pipi pastu cakap "sowiii". alahai cairnya huhu
3) Anas dalam fasa potty training. aku tak boleh buat ni pada waktu bekerja. kira PKP ni memang aku manfaatkan sepenuhnya utk potty training. walaupun belum 100% berjaya. tapi anas dah mula boleh kencing dan berak dekat tandas, cuma kena bawak dia g tandas regularly. macam setiap 2-3 jam camtu. kalau tak, bersedia jela untuk mop satu rumah huhu
No comments:
Post a Comment