ensiyahmuhammad

Tuesday, March 17, 2020

wabak

sekarang ni musim corona virus. WHO dah isytiharkan sebagai pandemik. Beberapa negara dah mula buat lockdown. Malaysia baru je sebentar tadi PM kita umumkan akan ada kawalan pergerakan. bukanlah lockdown, tapi untuk mengurangkan kadar perhubungan sesama manusia. 

Jadinya, PM arahkan sektor awam dan swasta untuk tutup. aku kerja sektor swasta, mmg kena tutup. tapi company aku dalam industry F&B, aku tak pasti kena tutup jugak ke tak. sebenarnya aku dalam in denial state, rasa macam tak percaya je tak payah kerja dari 18hb sampai 31hb. apa pun, esok aku ada emergency meeting. harap yg baikbaik jela keputusan esok. walaupun memikirkan tak payah kerja itu seronok, tapi bila aku fikirkan tiada gaji tu, rasa macam dah tak jadi nak seronok huhu. 

tak lama lagi dah nak puasa. aku betulbetul doakan wabak ni berakhir dengan cepat. nak puasa dengan tenang. nak terawih. nak buka puasa seronokseronok. bila ada perintah macam ni, solat jumaat pun dah tak boleh buat. tetiba rasa sayu bila nikmat di tarik. 

sambil aku menaip, sambil aku dengar lagu korea yang anas bukak. 
entahla kartun apa dia buka. 
aku asek dengar "gomawo, annyeong"

apa pun keadaan yang berlaku sekarang, aku harap senyuman dan memori zaman kecil anak ku sentiasa penuh dengan warna kebahagiaan. 

ibu is ready with indoor activities. mungkin ini masa the best utk potty training anas. 

moga allah mudahkan 
moga allah lapangkan segala kesulitan

No comments: