Assalamualaikum,
so malam ni aku saja nak sembang pasal raya pulak.
Untuk orang yang terlibat dalam bisnes berkaitan raya, planning utk raya mesti dah ready sekurangkurangnya, enam bulan sebelum raya. haa gitu. itupun aku rasa macam dah kureng sket. mungkin tempoh yang selesa untuk mereka yang involve dalam bisnes raya ni mungkin lapan bulan sebulan. sebab apa? sebab nak order stock dan planning utk marketing.
aku malas nak bagi contoh jauhjauh. aku cakap pasal diri sendiri jela eh. Setiap tahun insyaallah, aku akan jadi ejen biskut raya. Sepatutnya sepanjang tahun pun biskut ni jual jugak, cuma kalau time raya permintaan biskut ni mencanak naik. Macam aku ni, ejen yang kurang berguna sikit waktu musim biasa, jadi sales biskut harihari biasa ni memang banyak mati dari hidup la. haha
tapi, bila empat bulan sebelum nak puasa, aku dah start aktif. sebelum puasa tau. bukan sebelum raya. kenapa sebelum puasa? sbb waktu puasa team production akan fokus utk order raya je. itu dah bukan masa utk marketing. time ni team production tengah sibuk siapkan order, dan kami ejen ejen ni pulak sedang aktif dapatkan payment.
bila aku iklan close order dua minggu sebelum puasa, akan ramaila pertikai
"weyh, puasa belum lagi, sibuk dah amek order raya."
ada yg lagi lancang
"entah sempat ke tak umur sampai nak puasa, sibuk fikir pasal raya"
gitu.
well, kalau hidup ni takde planning, kira macam berserah jela kan?
Nabi Muhammad S.A.W pun anjurkan kita usaha dulu baru tawakal, takkan kita nak skip part usaha tu betul tak?
kenapa kena promote awal?
1 - biskut raya paling sedap di makan waktu bukan raya. sebab masa tu boleh fokus rasa dia. kalau baru nak beli biskut waktu puasa, dah la tak boleh rasa.pastu fikir murah je. ramai je penjual ni bukan fikir jual biskut tu sedap kat tekak dia, dia fikir nak jual je. kos rendah, jual mahal. janji dapat untung sudah. akhirnya, biskut yang dibeli tu dah la tak sedap, jadi hiasan dekat dapur dari raya puasa tahun ni, masuk ke deepavali, sampaila jumpa raya korban. punyalah membazir.
2 - promote kena kawkaw biar terpasak di jiwa. dari rasa biasa biasa, sampai rasa "eh betul ke sedap ni? kena cuba sebalang. kot dia auta saja". haa dari sebalang, terus melekat terpikat, order 8-9 balang. haaa sbb tu kena promote awal. bila customer dah dapat trust. tinggal order saja. harga mahal ka murah ka, dah jadi nombor dua. yang penting kualiti terbaik. beli lebih sket niat nak bagi mak mertua, bakal mertua ka, takdela malu bawak biskut tak sedap. hang bawak biskut best, pikat hati diorang, sampai bila bila pun, nama hang berkumandang "tuu sapa tuu yang bawak biskut sedap hari tu, mak nak lagi la. pandai dia pilih". tak ke rasa kembang semangkuk? hehe
3 - salah satu biskut yang best adalah biskut yang dibuat fresh. bukan yang dibuat dah lima enam bulan. nanti bau hapak. bila open order awal, team production boleh tahu adakah permintaan melebihi kemampuan? kita ni berniaga tak boleh tamak. kalau kata tak mampu, jangan ambik lebih. nanti tak mampu meet demand, nama kita busuk. untung untung jugak, tapi nak ada dalam bisnes lama, nama kena jaga, kualiti kena jaga. baru orang takkan hilang rasa percaya. tu benda paling susah nak dapat.
4 - kawalan kos. untuk biskut ni, bila dibeli barang mentah dalam kuantiti yang banyak, kos akan murah sikit berbanding beli sikit sikit.
5 - Kemudahan bayaran. bila order awal, kita dah tahu berapa yang kita belanjakan dari awal. takdela rasa terbeban bayar banyak sekaligus. boleh bayar sikit sikit. buat bajet awal, jadi tahu sama ada kita overspend ke tak.
hmm. dah hilang idea.
kesimpulannya aku nak cakap, jangan kecam seller yang promote biskut raya, baju raya, tudung raya awalawal. sebab banyak faktor mempengaruhi.
order raya biskut aku dah close, tapi saja la aku nak belanja biskut yang paling best selling. tak pernah lari dari carta nombor 1. hehe
![]() |
| Kualiti bangsawan tapi harga rakyat marhaen. manalah orang tak cari. hee takpe, lepas raya pun boleh order lagi. |

No comments:
Post a Comment