Assalamualaikum,
niat nak menjadikan blog sebagai tempat tulisan setiap masa, masih belum kesampaian.
Marilah kita bercerita tentang Januari di bulan Februari 2023. hee
untuk kerja, alhamdulillah dah survive sebulan di sini. dah merasa gaji pertama. hehe
Dunia perakaunan ni, walaupun asasnya sama, tapi item boleh berbeza mengikut nature perniagaan.
maka dengan itu, proses untuk belajar, tak pernah berhenti.
Untuk sesiapa yang membaca blog aku, tolonglah doakan aku supaya aku mempunyai kesabaran. Kesabaran untuk menghadap bermacam hal. Setakat ni, kawan sekerja best. Alhamdulillah.
Anas dah masuk bulan ke4 mengaji, alhamdulillah dia okay. cuma tu la, sekarang ni aku sibuk sikit, tak sempat nak mintak dia baca semula dekat aku. hari tu dah masuk iqra' 2.
Aku ni mohon korang doakan aku berikan kesabaran ni bukan apa, takde la nak cakap tempat kerja aku ni teruk sangat ke apa. Bukan. sebab aku ni kadang buat keputusan tak fikir panjang, lebih kepada malas. jadi baik dalam kehidupan peribadi dan tempat kerja, ada masa aku membuat keputusan yang kurang matang.
ok la. ini je yang teringat nak menulis. nanti aku menulis lagi. insyaallah.
------------------------------------------------------------------------------
31.1.2023 - genap dua tahun kakak aku meninggal. Alfatihah untuk Nin Awiyah binti Muhammad. Jasad kakak mungkin sudah tiada, tapi kakak masih hidup dalam hati aku. tak pernah sehari aku lupakan kakak.
No comments:
Post a Comment