Perasaan aku sekarang macam ni,
aku tahu kakak dah pergi ke alam abadi,
tapi pada masa yang sama aku masih mengharapkan yang ini semua hanya mimpi,
dan aku akan bangun bila-bila masa dan kakak ada je sebenarnya,
tak pergi mana pun.
aku seperti seorang penunggu benda yang takkan muncul.
Aku tak tau sampai bila aku akan berada dalam keadaan macam ni
tapi aku selalu ingatkan diri aku, yang aku adalah seorang ibu.
anak-anak perlukan ibu yang emosinya stabil.
anak-anak perlukan ibu untuk dicurahkan kasih sayang
anak-anak makhluk ciptaan Allah yang comel, yang sentiasa mahu bermain dan perlu dibimbing dengan baik
anak-anak hanya mahu bermain, bermain, bermain sambil belajar.
dan semua ini, anak-anak perlukan ibu dan bapa yang bahagia supaya mereka juga terdidik dengan baik.
Aku mahu jadi ibu yg bahagia
tapi aku juga tak boleh menidakkan yg aku masih sedih.
jadi, ada masa-masa, aku layankan juga sedih.
aku menangis , bilabila aku terasa nak menangis --- dalam tren, depan komputer ofis, dalam tandas...
dalam hati aku tak pernah hilang kata-kata
"Kalau aku tau hayat kakak dah tak panjang, mesti aku ________ "
tempat kosong tersebut tak berkesudahan.
Henfon aku dah dhaif tapi aku sayang nak tukar baru, sebab byk kenangan aku dgn kakak.
kadang bila aku rindu, aku baca balik conversation kami
aku takde voice note kakak sbb kitorang byknyer text je
tapi ada satu voice note yg kakak wish dhani birthday
bila aku terbukak voice note tu, automatik jatuh air mata aku
Deras.
Betapa aku rindu dengan suara tu, gelak dia, senyuman dia.
No comments:
Post a Comment