Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) ni kalau rakyat marhaen selalu cakap test minum air gula, di mana test ni sangatla tak disukai oleh ibu ibu mengandung huhu. Tujuan minum air gula ni adalah untuk kenalpasti kadar kandungan gula tinggi, normal atau rendah. Aku amek test ni 1/10/2020, nurse cakap kalau dapat call, maksudnya gula dalam badan aku tinggi, kalau tak dapat call, maksudnya biashe-biashe je. aku mengharapkan tak dapat call, tapi malangnya 7/10/2020 ri tu aku dapat call mengatakan kadar gula aku tak cantik *sobs*. tapi bila aku tanya nurse tu berapa kadar gula aku , nurse tak jawab. eh eh.
Untuk rekod, walaupun ini kali kedua aku pregnant, tapi ni first time aku minum air gula. sebab masa first pregnancy dulu, aku tak perlu pun minum air gula.
Appointment aku jumpa doktor 9/10/2020 pukul 3 petang. Doktor cakap aku datang lewat, sbb doktor tanya aku dapat call hari apa, aku g cakap hari isnin, sbb aku terlupa snanyer. Tak pepasal kena dengar doktor bebel sebab aku lewat la apa la. Aku silap cakap sebenarnya, aku dapat call hari rabu bukan isnin. tapi apa pun, doktor masih consider aku lewat jugak. Doktor siap pertikai lagi kenapa aku datang petang sebab kalau datang pagi, doktor boleh monitor gula dari awal. Masalahnya, nurse yang call aku tanya bila aku free, takde pulak nurse tu kata urgent sangat kena datang pagi. Aku agak nak marah jugak la sebab macam aku dipersalahkan kenapa datang petang. Aku serius takde idea kalau kena gdm ni apa kena buat, memang la ada orang cerita pengalaman. tapi diorang takat cerita jela. tapi apa step step yang berlaku lepas dah disahkan gdm, mana la aku tau. geram tau tak. perasaan aku masa tu macam orang suruh aku drive kereta, tapi aku tak reti drive, lepas tu orang tu marah aku kenapa tak reti drive. *sobs sobs*
GDM tu Gestational Diabetes Mellitus yg merupakan keadaan diabetes semasa hamil, di mana seseorang wanita hamil tidak mempunyai menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.
untuk bacaaan lebih lanjut pasal GDM semasa hamil ni, boleh tekan SINI, banyak info sangat berguna. memang ini lah info yang doktor cerita kat aku.
hmm aku dah kena berjaga jaga dalam pemakanan, walaupun angka aku tak tinggi. 8.0 , tapi taku taknak la sebab aku yang gdm bakal membuatkan anak aku kena diabetes di masa hadapan.
15/10/2020 ni aku check up. 14/10/2020 aku dah kena check gdm. aku siap beli mesin check gula tu dekat shopee, tapi belum sampai lagi. harap sampai la hari ni. aku tak sabar nak buat test sdri huu
No comments:
Post a Comment