ensiyahmuhammad

Wednesday, October 7, 2020

20 Minggu

 Satu benda yang aku belum lagi cerita, ialah aku sedang mengandung anak kedua. Jujurnya, memang aku dan suami merancang. Jika ada orang yang mengatakan tak baik merancang, sebab anak itu rezeki. Kami sepakat berpendapat yang anak memang punca rezeki, tapi seorang anak ada banyak lagi hak  yang perlu dipenuhi. 

Alhamdulillah, pada awal bulan Julai lepas, aku disahkan mengandung. Simptom awal sama je macam pregnantkan anas iaitu --- aku mudah penat. Bayangkan, aku baru je jalan dari bilik ke dapur pun dah semput. padahal bukan jauh mana pun. 

Tapi alahan kali ni sangatsangat berbeza dari masa pregnantkan anas. Waktu anas, boleh dikatakan aku langsung takde alahan. tapi untuk kali kedua ni, aku loya, muntah, pening kepala, tak boleh masak, perut sakit. macammacam. masa awalawal dulu, ramai cakap lepas 3 bulan, mesti hilang semua tu. Huhu sampai minggu lepas iaitu aku 19minggu, aku masih lagi muntahmuntah. huhu. 

Alhamdulillah sepanjang aku alahan ni, memang husband aku banyak bantu urusan rumah. sbb aku punya sakit kepala, memang takley bawak bincang. aku dah cuba nak masak, tapi bila aku masak, hari tersebut mesti aku muntah sampai 4-5 kali. maka, sampai ke hari aku menulis ni, boleh kira dengan jari berapa kali je aku masak. huhu. dah la makanan pun memilih yakmat. memang beberapa bulan ni, aku punya duit mengalir bagai banjir atas makanan yang konon aku nak makan sangat, tapi akhirnya aku rasa satu dua suap je. 

esok, aku genap 20 minggu. Baby bump pun dah nampak sedikit sebenarnya. tapi sebab memang kebiasaan aku pakai baju besar, jadi orang tak perasan perut aku sangat. tak kisahla. 

oh ye, masa pregnant anas, aku tak minum air gula. 1/10/2020 ri tu. aku minum air gula untuk pertama kalinya, dan result aku tak cantik (aku tak bagitau suami lagi). jumaat ni aku ada consultation dengan doktor. 

aku pun tak paham kenapa aku nak down bila result aku tak cantik. tapi aku harap apa yang doktor nak cakap jumaat ni bukanlah sesuatu yang menakutkan T_T

p/s: aku tak check lagi gender anak kedua ni. jadi apa persiapan pun aku tak buat lagi. doakan aku. aku nak buat detailed scan. harap semua baik-baik sahaja.

No comments: