Sabtu lepas (3/11/18), kitorang nak pergi Cyberjaya, umah abang ipar aku. Tapi sebelum tu kitorang pergi Bangi dulu sebab husband aku nak betulkan tali raket tenis dia. Putus. dalam 45 minit siap. sementara tunggu tu, makan dulu. Masa tu tak hujan. cuaca ok je lagi.
Lepas dah ambil raket dan kami nak solat kat stesen petronas, masa tu dah nampak dah awan mendung makin gelap. macam biasa bila nak solat. kami bergilir. Jiji solat dulu, baru aku. Lepas aku solat, hujan dah mula turun. Kami teruskan perjalanan ke Cyberjaya dengan keadaan hujan lebat.
Bila sampai Cyberjaya, abang ipar aku belum sampai rumah lagi, sebab dia pergi umah adik ipar dia kat Putrajaya. Masa tu hujan dah makin reda, tanpa membuang masa, kitorang ke Taman Cabaran, Putrajaya. Niat asal nak perkenalkan sukan ekstrim kat Anas Sadiq. untuk kanakkanak, free je.
Tapi masuk dalam tu, Anas Sadiq tak main rock climbing tu. dia nampak macam takt. mungkin sebab ramai orang, suasana pun bising. dia terkejut. Jadi kitorang keluar. makan meatball, rm12 ada 15biji free air. Anas Sadiq pulak happy dengan aktiviti dia ; kejar burung, larilari, tolak kerusi, main payung. huhu
Kami solat Asar dekat situ juga. lepas tu kami bergerak ke Dpulze, Cyberjaya.
Mungkin lain kali kami akan datang lagi. Kalau bukan untuk Anas Sadiq. Aku yang nak main. Rock Climbing kat situ tak mahal pun. Untuk dewasa; Entrance fee rm6 saja, sewa kelengkapan lain harga. Aku tak ingat. tapi untuk 3jam. berbaloi juga.
Banyak lagi tempat menarik kat Putrajaya yang belum kami explore. hee
No comments:
Post a Comment