Semalam (15/10/18) memang sengaja aku minta kerja separuh hari. Aku nak ke Jabatan Imigresen, nak buat passport untuk yang pertama kalinya. hee Hari Ahad (14/10/18) aku pergi selepas pergi kenduri, nombor dah habis. aku pergi dua tempat, UTC Keramat dan UTC Pudu.
Aku ingatkan waktu lunch hour dekat Jabatan Imigresen tu tutup, rupanya tak. elok je buka. Aku dapat nombor tak sampai sepuluh minit, nombor aku dah dipanggil. punya la beriye iye aku pakai lipstick, tak nak bagi muka nampak pucat sangat. Bila dah bayar, tunggu dalam sejam passport pun siap. rupanya gambar hitam putih je. hahahahahahahaa
tapi aku tak boleh balik lagi, sebab nak buat passport untuk anakku. Aku baca dalam website imigresen, untuk budak umur bawah 2 tahun kena bawa dua gambar passport. tapi semalam, anakku tetap juga kena ambil gambar kat mesin dia. jadi, gambar passport yang aku dah ambil tu nak buat apa? Buat kenangan la hahahaahahahah
Disebabkan Anas Sadiq pakai baju kaler grey (kena pakai baju gelap), maka pegawai imigresen tu bagi tudung untuk cover baju Anas Sadiq. Alhamdulillah, Anas Sadiq sangat well behave. Dia duduk elok je, takde meronta. takde meragam. aku letak tudung hitam untuk cover leher pun, dia relakan je. Gambar dia dalam passport, senyummmmmmmm. suka aku hehe
Masa nak ambil passport tu, kita ada pilihan nak beli cover ke tak. RM5 je. disebabkan aku ni kurang pandai nak jaga, jadi beli jela cover tu. Anas punya la excited tengok passport dia dah siap, dia cakap "Woahhhhh!", lepas tu ambil rm5 dari tangan aku sebab pegawai imigresen tu tengah pasangkan cover dia. bila dah siap, dia bayar sendiri, pastu tak lepaskan passport tu. pergh! sayang betul.
Alhamdulillah, passport setel.
Passport Dewasa : RM 200 untuk 5 tahun
Dokumen diperlukan : Ic dan salinan.
Untuk perempuan bertudung, sila pakai tudung gelap (Hitam / biru tua)
Passport Kanakkanak : RM 100 untuk 5 tahun
Dokumen diperlukan : Sijil lahir asal dan salinan, Kad pengenalan Ibu /Bapa dan salinan.
Aku pergi Jabatan Imigresen UTC Keramat.
Buat passport ni nak pergi mana?
Pergi jauh dari hatimu hahahahaahhahahha
No comments:
Post a Comment