Aku menulis di waktu malam tengah sunyi sambil ditemani lagu "i will be right here waititng for you". Marilah dengar sama. kita amek feel yang sama. hehe
---
Anas Sadiq kurang sihat. Demam panas dan cirit birit. Sebagai seorang rakyat yang baik, aku gunakan khidmat klinik kesihatan yang kerajaan dah sediakan. Aku bawak Anas pergi Klinik Kesihatan Hulu Kelang, dengan bayaran rm1, boleh dapatkan khidmat nasihat doktor dan ubat. oh yeah! contohilah saya. hihi
---
Anas Sadiq kurang sihat. Demam panas dan cirit birit. Sebagai seorang rakyat yang baik, aku gunakan khidmat klinik kesihatan yang kerajaan dah sediakan. Aku bawak Anas pergi Klinik Kesihatan Hulu Kelang, dengan bayaran rm1, boleh dapatkan khidmat nasihat doktor dan ubat. oh yeah! contohilah saya. hihi
Masa masuk dalam bilik doktor...
Aku : Doktor, anak saya demam. lepas tu dia tak aktif
Doktor : Tak aktif? saya tengok aktif je.. [ye, Anas tengah mencuba dengan sepenuh tenaga nak ambil mouse atas meja . Tak aktif la sangat huhu (=_= )]
Aku : Semalam dia baring je. tak main sangat. tapi bawak klinik hari ni, aktif pulak dia mengacau. huhu
Begitulah Anas Sadiq ye para pembaca sekalian. Bila dia sakit, kat umah nampak tak bermaya. tapi bila bawak pergi klinik, aku pun jadi blur anak aku sakit ke tak sebenarnya. huhu
..............................................................................................
Dah hampir Setahun 3 bulan Allah amanahkan kepada aku untuk jaga Anas Sadiq. Sepanjang tempoh ini jugak, aku selalu muhasabah diri. Apa yang aku lalui sekarang, dan apa yang aku rasakan sekarang ---- adalah perasaan yang sama macam mana ibu bapa aku besarkan kami adik beradik.
acapkali ayat yang terkeluar dari mulut aku. "ini baru anak seorang, kalau ada dua tiga lagi. tak tau la camne". dan setiap kali itu jugak, mesti aku muhasabah dan rasa sebak. Macam mana aku plan itu ini untuk Anas Sadiq, mesti mak dengan bapak pun ada jugak buat plan untuk hidup aku. Cuma, aku tak tau sama ada aku mengikut plan ibu bapa aku ke tak.
"hey dad, look at me. think back and talk to me, did i grow up according to plan?"
- Perfect, Simple Plan (Tekan!)
favourite aku, bila Anas Sadiq tidur. aku selalu pandang dia dan try visualize waktu dia besar nanti. belajar, kawen, ada anak. Aku harap, aku berusaha yang terbaik untuk jadikan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, hormat perempuan, berdikari, beradab, berkepimpinan, sabar, ringan tulang, selalu tersenyum dan sebagainya.
tak lama lagi birthday aku. dan aku takde pape expectation untuk pape hadiah atau specific celebration. suami aku pun dah minta maaf awalawal, dia takde hadiah tahun ni (eleh, tahun lepas pun takde jugak hahahahaha). nvm, aku tak kesah pun.
aku cuma harapkan, aku tak siasiakan setiap nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Aku tak mahu kemahuan yang tidak akan pernah habis mengaburkan setiap kebahagiaan yang ada di depan mata. Aku ni bukan boleh caye, kalau nampak orang beli kereta ke, rumah ke, hadiah ke, startla cemburu huhuu. pe benda tah nak cemburu dengan rezeki orang. hmm
Doakan aku jadi insan yang lebih baik.
-- kadangkadang aku lupa yang aku ni dah jadi mak anak seorang. perangai bebudak lagi. well, aku mak yang cool, kan? hihi
No comments:
Post a Comment