mudah je contest dia. komen apa hijrah (atau azam) yang kau nak buat untuk tahun baru ni, 1440H. lepas tu ajak la orang lain pun join sama contest tu. Kena share la kan maksudnya hihi
kalau terpilih, boleh menang hadiah buku "Hijrah itu Aku Perlu tulisan Puan Felinna"
Lama aku fikir apa aku nak buat sempena tahun baru.
Kalau ikutkan, apa yang aku nak buat
1. Konsisten promote baju cotton dengan biskut. Biar orang kenal aku sebagai akak baju dan akak biskut. aku tak kisah. Janji bila diorang nak cari baju atau biskut. diorang cari aku dulu hihi
2. aku target nak dapatkan 100 order untuk bulan ramadhan nanti. jadi aku kena mula sekarang dan kena kekalkan momentum sekarang.
3. nak kumpul duit sampai cukup nak pergi umrah.
tapi tapi tapi, yang palinggggggggggggggg aku nak berhijrah ialah
"membersihkan hati sebersihbersihnya. bersangka baik pada orang dan fokus pada kebaikan orang"
benda ni yang paling aku susah nak buat. aku ni takde la baik sangat pada orang, tapi aku ada sikap kalau orang buat jahat or buat benda yang aku tak suka. terus aku tak suka dia (acah acah aku ni baik la. takde keburukan huhu)
nak bersihkan hati ni, tindakan dia kena istighfar selalu. jadikan orang yang positif sebagai model. tak perlu orang terkenal pun. cukupla kawankawan aku yang baik sebagai model.
doakan aku berjaya jadi orang yang cantik pekerti.
No comments:
Post a Comment