Bateri
~Tips- tips menjaga bateri~
1) Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila pertama kali anda menggunakannya.
2) Kemudian, TANPA ‘on’ laptop, cas bateri itu selama lapan(8) jam.
Jika ‘indicator’ di laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan cas
sehingga lapan(8) jam. Ingat! Jangan sekali sekali ‘on’ laptop!
3) Selepas lapan(8) jam, cabut charger/adapter dari laptop. Dan dengan
HANYA menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Ini
akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri itu
.4) Selepas ini, anda boleh mengecasnya seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh
~Tabiat yang perlu dielakkan~
1) Elakkan dari selalu mengecas bateri- Satu bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas.
Cabut charger, gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik
adalah satu pusingan. Adalah dinasihatkan anda jangan menggunakan kuasa
bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% dari
kuasa yang ada.
Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri
selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan),
dari menggunakan bateri 10 minit dan cas balik
5 minit (ini dikira satu pusingan)
2) Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30
pusingan.Kemudian cas semula. Ini akan membantu menetapkan kadar kuasa
bateri
3) Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk
lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50%
kuasa dalam bateri itu.
Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan bengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa
Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung, dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.
4) Elakkan kepanasan- Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan
kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba
seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain.
Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.
5) Elakkan terlebih cas (overcharging) – Overcharging akan menyebabkan
kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger bila
‘indicator’ sudah menunjukkan bateri sudah penuh. — http://www.okcomputersolution.net/p/bateri.html
https://www.facebook.com/okcsUIA
No comments:
Post a Comment