Assalamualaikum
Tapi, bukan azam ini yang ingin ku bicarakan..
Azam tahun 2013. bukanbukan... tak sesuai.. tak sesuai... bukan Azam tahun 2013
Azam Hidup.
Selagi Allah bagi nikmat menghirup oxygen di sebalik lambakan carbon dioxide, akan ku cuba untuk penuhkan Azam Hidup ini.
Dannn... jawapan standard bila orang tanya apa azam baru, mesti jawab
"nak jadi orang berjaya"
"nak jadi orang berjaya"
Definisi berjaya itu sendiri berbeza bagi setiap individu.
Sesetengah orang, bila dapat Dean List, itu berjaya. tapi bagi sesetengah orang daku, dapat pass untuk subjek Company Accounting yang dah membunuh ku pada 30hb adalah satu kejayaan yang sangattttttttttttttttttttttttt lah En suka. Rasa macam nak buat aksi pemain Malaysia julang Piala je. huhu
Sesetengah orang, bila dah dapat bukak bisnes makanan sendiri, itu berjaya, tapi bagi sesetengah orang daku, kalau la masakan yang aku masak menjadi dan orang makan sampai abes, pergh!!! rasa macam nak buat ombak ramairamai je. hehe
dan banyak lah lagi perkaraperkara yang bagi sesetengah orang itu kejayaan. sila lah mendefinisikan sendiri apa itu maksud kejayaan bagi anda. :D
Dalam sedar tak sedar, dok kita hafal surah Al-Mukminun utk PAFA, sebenarnya ALLAH dah bagitau dah, siapakah dia orang berjaya.
Jom kita tengok maksud surah Al-Mukminun ayat 1-11 . . .
![]() |
| Nc Macho ambik dari sini |
Siapa yang berjaya?
Orang-orang yang beriman
Orang-orang beriman yang macam mana?
- Khusyuk dalam solat
- Menghindarkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
- Keluarkan zakat
- Menjaga maruah diri
- Menjaga amanah dan janji
- Menjaga solat
Dah tentunya bukan wang, harta ataupun pangkat. Tapi allah janji kan sesuatu yang lebih baik dari tu
SYURGA FIRDAUS bebeh!
Dan Allah tak pernah memungkiri janji. (^_^)
Jadi, Inilah Azam Hidupku!
1 Rabiul'Awal 1433H akan datang, dengan tibanya hari itu, maka genaplah saya berumur 23 tahun.
Entah kenapa rasa berdebardebar.
Mungkin mencapai umur 23 tahun ini, adalah sebagai tanda aras untuk En perlu menjadi lebih matang? uhh.
Jom jadi orang berjaya!


No comments:
Post a Comment