13 Disember 2012
"Amek tiket nie.. pastu kena pegi tingkat atas.. tanya bas nombor bape.. pastu pegi ke bawah.. tunggu bas. paham tak?"
"err.. tak paham.. teman en nanti boley?"
"dah agak dah tak reti.. ok kejut pagi esok"
"InsyaALLAH"
***********************************************
14 Disember 2012
Perjalanan ke Perak
"En... Kat luar dah nie"
"Erk.. dah sampai ke.. en tak siap lagi. Nga pakai tudung. Tunggu jap. Tunggu jap" Kelam kabut. Tengok jam. Baru kol8 pagi. Awalnya kawan sampai =_=
KL
memang selalu tak cukup roti, sebab tu jem merata-rata, kan? Dari rumah
en nak ke pudu sebenarnya boley sampai dalam 20 minit je.. tapi sebab
jem yang melimpah, lam kol9.20+- baru sampai pudu!
"Adik nak pegi mana?" tah sapasapa tah orang lelaki yang ada kat tepitepi tu tetiba tanya
"err......" tak sempat lagi nak jawab, kawan dah jawab.
"takpetakpe, kami dah ada tiket" Terus kami berkejarank ke tingkat atas.
"sebenarnya diorang tu siapa?" Lam terkejarkejar, sempat lagi tu nak tanya itu ini. Biasalah mulut tak reti nak diam. heeee
"diorang tu orang nak tunjuk jalan nak beli tiket."
ke
kiri ke kanan. ikut je kawan. mana tah arah tuju.. pun dah tak tau.
sangat lah blur. kenapa tah kena ke kiri ke kanan macam nie. Dulu, masa
pegi Sg. Siput, tapi dengan Abg Zul n Abg Yazid.. takde pun macam nie.
tapi takpe... bila lagi nak dapat pengalaman baru. kita ikutkan saja.
hehe
dah
setel dekat kaunter. terus turun dekat platform. kawan sangatlah
concern. Seat tempat duduk pun dia yang tolong carikan. Bila en dah
duduk, kawan siap bagi nasihat..
"Nanti
dah sampai kat Kamunting, terus call abang bagitau suruh ambik. Kalau
ada orang cakap nak hantar ke nak apa ke, tak payah ikut. cakap je dah
ada orang ambik. beg tu pakai elokelok. nie beg kamera silang. jangan
tinggal merata. nanti hilang. Sampai kat kemunting, terus beli tiket
pegi johor. jangan lupa bagitau kalau dah sampai. hei.. aku nie dah
macam bapak anta anak jee"
"Hehe tau takpe"
"takpela. praktis. haha"
Kawan pun turun.
En pun dalam bas. Tengok orang kiri kanan. semua dengan family. yang duduk kat single seat macam en, muka slumber je.. mesti otai naek bas sorangsorang. huhu
Bas
bergerak lambat. Kol9.45pagi. sepatutnya 9.30pagi. Rasa berdebar je
bila bas dah bergerak. macam tak percaya je nak travel sorangsorang. call mak
cakap bas dah gerak. sms kakak, abgabg n beberapa kawan yang memang
risaukan en nak travel sorangsorang, bagitau yang bas dah gerak. Sorang
kawan en, jauh nun di utara, kalau dia kat depan mata.. memang confirm la panas telinga kena bebel dengan dia. huhu
Bas bergerak. Sejam. Dua jam. Tidur...
Sebaik sahaja bukak mata, tengok ada sorang dua turun dekat stesen bas tepi jalan..
Cuak.
Alamak..
aku nak turun kamunting.. tadi pakcik driver bas nie cakap yang bas nie
hanya ke taiping.. stesen mana aku nak turun nieeee. tanya orang laa.
"makcik, makcik. skrg kita kat mana?"
"............"(tak ingat jawapan makcik tu)
"saya nak "pegi kamunting.. jauh lagi tak?"
"oooo... kamunting atas lagiii"
"yeke.. terima kasihh" sambil memberikan senyuman yang terlebih gula pada makcik tu. hehe
tapi, sampai stesen berikutnya.. makcik tu dan keluarganya turun.
"erk. cemane nie. aku nak tanya siapa pulak nie? abes la. abes la."-monolog
cuak lagi.
"nak
call hisan la. tanya apa nak buat. tapi kejap. kejap. hisan cakap yang
stesen kamunting tu, memang betulbetul stesen, bukan stesen bas tepi
jalan. ok ok. takpela. tawakal je. kotkot bas nie terlajak sampai
taiping.. slumber jela suruh abg yus amek kat taiping... cakap je
terlajak. apa susah. cool cool. takyah cuak. haha da sampai perak dah
pun"-monolog
cool balek.
alhamdulillah, bas btolbtol berenti dekat terminal kamunting raya :)
| Kamunting, Perak 14 Disember 2012 2.20pm |
Tak lama lepas tu, abg yus pun ambik.. Dia tanya nak makan ke tak. tapi en cakap kalau boleh nak makan kat umah mak je.... tapi lepas amek kak liza (isteri abg yus) dan anakanaknya.. kami pergi makan jugak. hehe
Masa dekat umah abg yus... anak dia yang sulung kuar..
"ingat akak lagi tak?"
"ingat..."
"nama akak ingat takk?"
"tak ingat..."
haha
| Batu Kurau, Perak 14 Disember 2012 Umairah |
=_=
| Batu Kurau, Perak 14 Disember 2012 Farhan |
Tapi, lepas makan. On the way nak pegi Kampung Jelai.. Eyh, manja pulak dengan en. Siap duduk atas riba lagi. hehe Kak Liza cakap.. Farhan kalau dengan orang yang lembut and sopan.. dia suka.
ehem. take note di situ. lembut dan sopan. cewahhhhh. en sopan ke? haha. gelak gulingguling jap.
Di Kampung Jelai
Dari rumah abg yus, nak ke rumah abah... ada la dalam 20minit.
Sepanjang jalan, tengok luar tingkap.
Lebih setahun yang lepas, melalui jalan yang sama. tapi dengan bas. dengan 59 kawan yang lain. Sekarang, dalam kereta, dengan dulunya orang asing yang kini dah jadi keluarga sendiri.
Sempat termenung. Kenangan terimbau kembali. Seronok :)
"En tidur ke?" Kak Liza tanya.
"eyh, takla kak. saja je tengok luar nie."
"umairah borak la dengan akak. eyh, farhan elok je tido atas riba en"
umairah sengih je.
dan perjalanan sampai ke rumah abah.. hanya di isi dengan perbualan abg yus dan kak liza yang en tak paham pape. hihi
Sampai dekat rumah abah..
sambutan sangatlah best!
Bila saudara mara tanya, siapa en. mesti abah and mak jawab "nie anak angkat kami. dari UIA"
en macam biasa.. senyum terlebih gula. hihi
Pendekkan cerita sket. Meh kita laayan gambar je. ley tak? mestilah bolehhhh.
| Bubur Assyuara bubur... tapi? boleh potong. first time nih makan! |
| Zuhair! lahir 6.6.2012 comel gler! |
| amek hati budakbudak nie. hihi taktik berjaya. :D |
| mak bukak durian. khas utk en makan di ulangi. KHAS untuk en makan. wallaweyh! |
| zuhair dah bangun!!! |
| inilah dak dak comel keluarga nie. pangkat anak buah saya.. tapi, diorang.. panggil saya "KAKAK" evergreen muda ai nie. hehe umairah, naim fahmi, firdaus, asyraf. |
| Kak Ngah cakap.. "haih en, gamba cili kering pun nak tangkap ke?" pastu Kak Linda menyahut "tu dia nak tunjuk kat mak dia.. mak mak ini en yang potong!" yang laen gelak. en... =_= |
Hari Kenduri
Mereka gotong-royong. Seronok tengok. Kat bandar, sume pakai catering jee. Tapi setakat ni, keluarga en buat kenduri.. walaupun kat kl, gotong royong jugak. jimat tau. :D
| kacau jangan tak kacau pakcik! |
| tabur jangan tak tabur. tabur lagi! |
| serius sedap. pergh! |
dah penat merayap kat bawah. pegi kacau pengantin pulak. tak tau dah nak buat apa. semua orang sediakan makanan untuk makan beradab. memang taklah en nak tolong pape.. karang jadi caca marba. biasa la orang yang terlebih kreatif nie.. Udang yang patutnya elok berisi cantik tegak ditusuk lidi, kena dekat en.......... karang tinggal lidi je. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
| nanti bila en yang kawen.. en nak gambar macam nie jugak. tapi tapi tapi. nak cermin tu lagi besar. pastuuuu. eyh. dah start berangan. ok. kena stop. |
| Zuhair dan ibunya. Kak Lia baru 24 tahun okeyh. kawen tahun lepas. sejibik kan muka mereka? hehe |
cepatcepat pegi dekat hujung jalan.
| Abg Ijan dengan kawankawannya yang bujang. perlu ke mention yang bujang tu? tett.haha |
| untunglah.. dah boley gamba berdua gini...... hee tahniah kak Hasni n Abg Ijan |
| Tadaaaaaaaaaaa! inilah keluarga saya. :D |
| suka gamba nie. amek candid. sweet kan? |
| sweet sungguh mereka nie. barakallahulakuma :) |
Tiket en ke Johor kol9 malam.
Sekejap je kat perak.
kol8.00malam.. mak kopekkan durian lagi. Abg ngah kaitkan buah rambutan. Kakak-kakak bungkuskan makanan nak makan kat atas bas.
Kol8.30malam baru nak gerak dari rumah. Jelai ke Kamunting.. Ambil masa jugak. Pengantin baru yang anta en pegi stesen.
Dalam hati... sempat ke? sempat ke?
Alhamdulillah, sempat. Abg Ijan amek tiket en and bawakkan ke kaunter. amek no.plat bas.
tapi.......... kenapa kat bas tu, ada tanda ke.. Kuala Lumpur?
en kan beli tiket ke Johor?
En salah beli tiket ke?
errrrr.
No comments:
Post a Comment