Dua buah khemah tegak terpasang
di luar dewan. Usai solat Isyak berjemaah, seorang sister datang kepada En
“En anak angkat sekali dengan
Tiqah kan?”
“A’ah. Kenapa? Kenapa?”
“Tadi Tiqah pesan. Dia pergi
rumah mak angkat dulu. Dia cakap dia tunggu En dengan Izzudin nak makan sekali
dekat umah Mek Maznah”
“Yeke? Thank you Thank you. En bagitau Izzudin kejap lagi”
Selepas itu, bergeraklah kami ke
rumah Amek Maznah. Amek Maznah menyediakan masakan labu atau lebih dikenali
sebagai sembang dalam masyarakat
Orang Asli. Sedap! Setelah makan malam bersama En, Tiqah, Izzudin dan keluarga
Amek Maznah iaitu Nurul, Manje, Ira jalan kaki beramairamai menuju ke khemah
tadi. Malam ini merupakan malam penutup.
Majlis dimulakan dengan ucapan
daripada Tok Batin Pos Pelantok.
***********
“Salam En, nie Muiz. COMRADE ada
buat program dekat Perak dari 12hb sampai 18hb. En kan cakap kalau COMRADE ada
buat program En nak join. “
Inbox di FB yang dihantar pada
9hb baru sahaja dibaca. Hari ini 12hb Mei.
Aduih, macam mana nie? Aku nak join. Tapi aku nak tolong Abang Yazid
untuk program 14hb Jun. Adeih, takkan nak tarik diri. Kesian Abang Yazid, dah
la takde fasi. Lagipun aku dah ajak Zimah join sekali. Takkanlah aku ajak
orang, aku pulak yang takde. Takpelah, takde rezeki aku nak join – monolog dalaman.
Mesej hanya di balas dengan
ucapan terima kasih dan no.telefon untuk di hubungi.
Selang beberapa hari kemudian . .
.
“Salam en, nie muiz. Diorang dah
start cari participant. En bagi la nama sebelum 26 May”
“Muiz, ada x peserta yg agak2nya pegi lmbt prog?”
“Erm.. xsure la. Tapi selalunya
ade je. Mengapakah?”
“En nak join. Kalau ada yg g
lmbt, en nk join yg g lmbt tu. Tu pun kalau di trima”
“Nt muiz tnye sape yg g lmbt. 12
Jun 2 en ad hal ke?”
“Lebih kurang la”
**********
Oh, dah habis rupanya ucapan dari
semua pihak. Ingatkan sekejap sahaja En mengelamun. Lama rupanya. Alhamdulillah,
pada awalnya seperti tiada peluang sudah En nak join, tapi perancangan Allah
lebih hebat. Dapat juga. Tiba masa untuk persembahan dimulakan dari adikadik
comel Pos Pelantok. Menyanyi dan menari lagu Terima Kasih Guru yang dibimbing
oleh Biro Modul.
**********
“Abg Yazid, hari tu yang abang
cakap program dekat Pelantok tu program apa?”
“Program COMRADE la”
“Eyh, COMRADE punya program dekat
Pelantok ke dekat Sg.Siput sebenarnya? Yang En tahu program diorang dekat
Sg.Siput”
“Tak tau la pulak Abang program
yang Sg.Siput tu, yang Abang tau dekat Pelantok je”
Abang Jali dah tergelakgelak
“Korang nie bergaduh benda yang sama. Program tu dekat Sg.Siput tapi buat dekat
Pos Pelantok”
Nampak sangat En dengan Abang Yazid samasama tak tahu (~_~”)
“Eyh, Abg Zul tak balik ke?”
“Tak balik? Aku baru balik nie.
Baru sampai”
“Yeke? En ingatkan Abg Zul terus
join program COMRADE kat Sg.Siput”
“Saja balik UIA dulu. Kesian kat
Yazid handle program sorangsorang. Lepas nie barulah pegi program COMRADE”
“Yeke??? Abang Yazid jomjom kita
join sekali program COMRADE!”
“Okey jugak tu. Bolehboleh”
“Okey. Macam biasa. Abang tolong
belikan tiket. Hehe En tak reti nak beli tiket”
**********
“En, Abang dah beli tiket.
11.20am tau”
“Okeyh”
**********
15 Jun 2012
Perjalanan yang memakan makan
masa selama 4 jam. Akhirnya tiba juga di Sg.Siput, Perak. Alhamdulillah. Walaupun sebenarnya hampir terbabas ke Kuala
Kangsar :p
Selang hampir setengah jam
menunggu, akhirnya tiba Abg Lotfi dengan Abg Jali menaiki Pajero mengambil
kami. Sepanjang perjalanan, mereka berbual. En hanya memandang ke luar tingkap,
menikmati pemandangan. Si bujangbujan berbicara, setiap patah yang kedengaran
seperti angin lalu menyapa telinga. Sedang mereka berbual, tetiba si kecik nie
menyampuk
“Abang, diorang tengah buat apa
tu? Cucukcucuk macam tu?”
“Diorang tengah amek kacang en”
Abg Lotfi menjawab
“Abang, tu apa?”
“Tu pokok jagung. En tak pernah
tengok pokok jagung ke?” Abang Yazid menjawab
“Memanglah tak pernah”
“Oh lupa. En budak bandar”
Budak takde kampong, memanglah macam nie. – monolog dalaman
Sesampai sahaja di Pos Pelantok.
Masingmasing sedang berehat. En diberitahu mereka baru sahaja selesai melakukan
jungle trekking selama 5 jam.
Best giler weyh! Waaa!!!! Siyes jeles giler!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! –
monolog dalaman.
**********
Kini persembahan dari Jali
Pelikat menyanyikan lagu “Anak Kampung” versi UIA. Oh, Abang Jali pakai kain
pelikat malam tu. Apakah? Takpe, kita layangkan je dengan live band tu. Pergh! Menarikmenarik!
Malam penutup diselangselikan
dengan acara penyampaian hadiah untuk pertandingan mewarna dan hari sukan. Oh!
Apak saya ambik hadiah kat depan. Kapten pasukan Pelantok 2! Bravo lah Apak! :D
**********
Homestay dengan keluarga angkat.
Tolong Nurul masak pucuk ubi kayu. Oh menarik cara potong. Tapi sayang, tak
sempat nak merasa. Nurul bukak radio Era dengar carta. Ira boleh menyanyi!!!
Masak bersamasama di rumah Kak
Nor. Sedang memasak, tetiba dapat air bandung sejuk dari Kak Sita, jiran
sebelah. Waahhhh!! Tengah panaspanas dapat minum air sejuk. Memang best!
Izzuddin memang child attractor,
adikadik ramai yang makan sekali dengan kami. hehe
**********
Tak lama En berada di Pos
Pelantok. 3 hari 2 malam sahaja. Sedikit terkilan tak dapat mengingati semua
nama, tapi tahu sedikit lebih baik dari sifar.
Pos Pelantok, Sg. Siput, Perak
dalam kenangan.
2 comments:
Salam en!dah bce p0st en tetibe rase windu lak kat en! huhu
huhu mahu tahu? baru ku sedari kita tiada gambar berdua. huhuhu bilakah masanya akan tiba untuk kita bergambar berdua? hehehe
Post a Comment