"Ya Allah, jika dia memang yang tercipta untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku"
Doa ini sering tidak terlepas dalam sujud terakhir.
Antara memendam rasa dan meluahkan.
Logik akal fikiran dan adab dalam Islam
Sering kali menghantui fikiran dan keputusan.
Seperti realiti dan fantasi
Manis ketika berimaginasi
Sakit bila bangun dari mimpi
Dugaan itu pahit kerana Syurga itu manis
Andai sakit menahan rasa dan rindu kini
Dapat memberikan senyuman tanpa henti
Pasti semua sanggup tempuhi
Doa... doa... doa...

No comments:
Post a Comment